Friday, December 2, 2011

Penhijrahan Ikan Salmon dari Laut ke Sungai memjadi asbab rezeki bagi Jerung, Helang dan Beruang

LIHAT BAGAIMANA ALLAH MENYAMPAIKAN REZEKI KEPADA JERUNG, BURUNG DAN BERUANG....KITA MANUSIA MAKHLUK ALLAH YG TERBAIK PASTI ALLAH SWT AKAN LEBIH SUKA UTK BERI KITA REZEKI... ALLAH SWT AR-RAZIQ..KHAIROL ROZIQIN







Doa Solat Dhuha (Lyric) - Unic

Tuesday, November 8, 2011

Tahzib Misykah ~ Sheikh Muhammad Nuruddin aL-Banjari aL-Makki



1. Bunuh cicak
2. Zalim bunuh semua Semut sedangkan yg mengigit hanya seekor...
3. Hukum makan "aL-Jallalah"
4. RasulluLLAH melarang kita makan Kucing dan Harga Jualan Kucing..
5. 2 jenis bangkai & 2 jenis darah yg halal dimakan
6. Jgn Hina atau pandang rendah pd Binatang....
7. Tanggungjawab ibubapa apabila anak lahir...(1st day ~ azan+tahnik, 7th day~ cukur rambut+aqiqah)

Sunday, July 3, 2011

Wednesday, June 29, 2011

"TAKFIR AMALAN YG KEJI" ~ Sheikh Al-Habib Umar bin Hafidz


"TAKFIR" bermaksud amalan mengkafirkan org islam yg lain...kata sheikh habib umar ianya adalah amalan kaum khawarij dan penyakit ini sedang merebak di dalam diri umat islam di seluruh dunia....Semoga ALLAH swt Memelihara Kita daripada Amalan Tersebut.... 









My status

Get Skype and call me for free.

Friday, June 24, 2011

Sambut Maulid Nabi Muhammad s.a.w SALAH???


ini bukan kali pertama saya mendengar T.G Nik Abd Aziz berkata demikian...hampir setiap ucapan beliau ketika mengupas tentang maulid adalah begini....Saya sedih mengapa Orang yg di anggap Ulama, Bertaqwa, Cinta Pada Rasul SAW berkata sedemikian terhadap RasuluLLAH saw....Dalam video ini juga ada Penjelasan / Jawapan Balas dari AL-Fadhil Ustaz Kazim Elias Berkenaan Perkara ini......Harap kita tidak terpengaruh dengan fahaman yg sebegini.....Saya terpaksa postkan Perkara ini kerana Hati Ini Entah Mengapa Tidak Rela Membiarkan Peribadi RasulLLAH saw yg aku Cintai DiPerlekehkan......Semua Ulama-Ulama yg Haq mengatakan Bahawa Wajib utk Ummat ini Mencintai Nabi SAW, MengAgungkan Nabi SAW ( Ini Adalah Ucapan dari AL-Habib Zein Sumaith yg Sy dengar sendiri Dgn Telinga Sy ketika Sy Hadir Dlm Majlisnya di Msjd Al-Falah @ USJ 9 @ 15 June 2011)...kiyai saya (K.H. Uzairon At-Taufury) juga mengatakan menyambut kelahiran RasulNYA adalah PERINTAH ALLAH swt!!!







My status

Get Skype and call me for free.

Wednesday, June 8, 2011

Thursday, April 21, 2011

Khutbah Jumaat - Sheikh Uzairon at-taufury (ulama dr Jawa Timur,Indonesia)




.

Semoga ALLAH SWT beri kita taufiq & hidayah utk amal dan sampaikan @ dakwahkan inilah maksud dari setiap majlis-majlis agama...


Thursday, April 14, 2011

al-Ulama warasatul ambiya - Sheikh Muhammad Saad Al-Kandalawi




Bayan dalam bahasa urdu dan diterjemahkan oleh Ustaz Abdul Hamid, Imam Masjid Jame' Bdr Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur...Saya tidak edit kerana nak ambil keberkatan bayan dalam bahasa asal....


Download Link;

Tuesday, March 22, 2011

al-Ulama warisatul Ambiya





" Wahai Orang Yg Beriman Bertaqwalah Kamu Pada ALLAH swt 

Dan

 Duduklah Bersama Sodiqin(Orang Yg Benar) "

Yakni Ulama Yg Haq Yg Mengikuti Sunnah Rasulullah saw.

Sebagaimana Para Ambiya Dihantar Utk Membimbing Manusia Ke Jalan Yg Benar

Begitu Juga Peranan Para Alim Ulama

Tanpa "Bersohobat" @ Bersama @ Belajar Dengan Mereka

Kita Akan Hidup Dalam Kejahilan, Kesesatan....






Tuesday, March 8, 2011

Bertawassul dengan hak para nabi



Kita diharuskan bertawassul kepada para nabi dalam berdoa kepada Allah. - Gambar hiasan




PADA minggu ini, kita menyambung semula perbahasan kita tentang isu tawassul, suatu persoalan yang boleh menjadi punca kekeliruan dalam masyarakat.

Penentangan sesetengah pihak terhadap tawassul boleh menjerumuskan mereka kepada sikap merendah-rendah kemuliaan dan kelebihan yang ada pada diri Rasulullah SAW dan para ulama pewaris baginda. Ini bukannya suatu kegelinciran yang kecil.

Oleh itu, wajarlah kita menghabiskan sedutan tentang perbahasan isu ini dari kitab Mafahimkarya al-Allamah al-Muhaddith Dr. Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi al-Maliki.
Disebut di dalam manaqib (biografi) Fatimah binti Asad, bonda Saidina Ali ibn Abu Talib r.a, bahawa setelah beliau wafat, Rasulullah SAW sendiri menggali lubang lahadnya dan mengeluarkan tanah dengan tangannya.
Apabila telah selesai, Rasulullah SAW masuk ke dalam lubang tersebut dan berbaring di dalamnya. Kemudian Rasulullah SAW berdoa: "Allah Tuhan yang menghidupkan dan mematikan. Dia adalah Maha Hidup dan tidak akan mati. Ampunilah bondaku (bonda saudaraku), Fatimah binti Asad. Ajarilah dia hujah (jawapan pertanyaan malaikat Munkar dan Nakir), luaskanlah untuknya tempat masuknya (kuburnya), dengan kemuliaan nabi-Mu dan para Nabi sebelumku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dari segala yang mengasihani."
Lalu Nabi SAW bertakbir sebanyak empat kali dan memasukkan jenazah Fatimah ke dalam lahad bersama al 'Abbas r.a dan Abu Bakar al Siddiq r.a. (riwayat al-Tabrani di dalam al-Kabir dan al-Ausot. Demikianlah seperti yang disebut di dalam Majma' al Zawaid Jld 9, H: 257)

Sebahagian ahli hadis berselisih pandangan tentang Rauh ibn Solah, salah seorang perawi hadis ini. Namun Ibnu Hibban menyebut namanya di dalam rijal-rijal yang thiqah.

Dalam pada itu, al-Hakim berkata, beliau adalah seorang yang thiqah yang dipercayai. Justeru, kedua-dua al-Hafiz ini mensahihkan hadis di atas. Demikian juga al-Haithami di dalam Majma' al Zawaid, beliau berkata: "Dalam perawi hadis ini ada seorang yang bernama Rauh ibn Solah, beliau telah dihukumkan thiqah oleh Ibnu Hibban dan Hakim. Dia mempunyai kelemahan, manakala perawi-perawi yang lain adalah sahih."
Hadis ini juga diriwayatkan oleh Ibnu Abdil Bar daripada Ibni Abbas r.a, dan Ibni Abi Syaibah daripada Jabir r.a. Ia diriwayatkan juga oleh al-Haithami dan Abu Nu'aim.

Maka jalan-jalannya saling menguatkan dan mendukung di antara satu sama lain dengan kuat dan tahqiq sekali.
Sheikh al-Hafiz Abdullah ibn al-Siddiq al-Ghumari berkata: "Rauh ibn Solah ini hanya mempunyai sedikit kelemahan di sisi mereka yang melemahkannya sebagaimana yang dilihat dalam ungkapan mereka."
Oleh yang demikian, al Hafiz al-Haithami pun mengira Rauh ibn Solah mempunyai kelemahan yang ringan, sebagaimana yang biasa didapati pada perawi-perawi yang lain oleh mereka yang berkemahiran tinggi tentang kitab-kitab Fan (ilmu hadis).

Kesimpulannya, hadis ini tidak kurang daripada menempati darjat hasan. Bahkan, mengikut syarat Ibnu Hibban, ia adalah sahih. (Ittihaf al Azkiya' h: 20.)
Dari sini juga, kita mendapat satu kesimpulan, bahawa para nabi yang ditawassulkan oleh Nabi Muhammad SAW dengan hak mereka kepada Allah sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis ini dan hadis lain, telah pun wafat.
Justeru, hadis ini juga mensabitkan hukum harus bertawassul pada Allah dengan kemuliaan dan ahli yang mempunyai kemuliaan; tidak kira sama ada mereka itu masih hidup atau pun telah wafat.

Tuesday, March 1, 2011

Ikut Nabi bukti cinta



Sambutan maulidur Rasul yang diadakan di negara ini adalah salah satu cara memupuk kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.




BERDASARKAN ayat di atas, syarat untuk dikasihi Allah SWT serta mendapat pengampunan daripada-Nya hendaklah menyintai Rasulullah saw serta mengikut ajaran yang disampaikan oleh baginda dengan sepenuhnya. Jangan sekali-kali menidakkan ajaran baginda, baik yang berupa suruhan mahu pun larangan.

Firman Allah SWT: Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarang-Nya kamu melakukannya maka patuhilah larangan-Nya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksa-Nya (bagi orang-orang yang melanggar perintah-Nya). (al-Hasyr: 7)

Rasulullah SAW meninggalkan dua perkara iaitu al-Quran dan hadis kepada umatnya sebagai rujukan. Selagi dua perkara itu dipegang dan dijadikan pedoman hidup, selagi itulah umat Islam tidak akan sesat selama-lamanya.
Sabda Rasulullah SAW: "Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya". (riwayat Malik)
Menyintai Allah dan Rasul hendaklah diutamakan daripada perasaan cinta dan kasih kepada yang lain. Allah SWT menegaskan dalam firman-Nya: Katakanlah jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta kekayaan yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya dan Allah tidak memberi pertunjuk kepada orang-orang fasiq. (at-Taubah: 24)
Justeru, mereka yang lebih mengutamakan perasaan cinta kepada bapa, cinta kepada anak, isteri, keluarga, harta, perniagaan dan tempat tinggal (rumah) melebihi daripada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya, golongan ini bakal mendapat seksaan yang amat pedih sama ada cepat atau lambat, di dunia mahu pun di akhirat.
Tegasnya, jika diletakkan antara kepentingan agama dan kepentingan dunia maka hendaklah diutamakan kepentingan agama dari segala-galanya.

Pernah suatu ketika Saidina Omar bin al-Khattab r.a berkata kepada Rasulullah SAW, "Ya Rasulullah yang paling aku cintai dari segala sesuatu selain diriku sendiri". Rasulullah SAW bersabda, "Tidak! Demi Allah yang menguasai jiwaku, sehingga aku lebih engkau cintai melebihi daripada dirimu sendiri". Lalu berkata Saidina Omar, "Maka sesungguhnya engkau sekarang demi Allah, lebih aku cintai daripada diriku sendiri". Nabi SAW bersabda: "Sekarang wahai Omar, barulah benar kecintaanmu".

Menyintai Rasulullah SAW bukanlah hanya dengan kata-kata dan slogan semata-mata, namun hendaklah dibuktikan dengan kepatuhan terhadap segala ajaran yang disampaikan oleh baginda.

Kewajipan mentaati baginda SAW juga dijelaskan dalam al-Quran: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (sunnah) rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (an-Nisaa': 59)

Maksud mentaati Allah dalam ayat di atas ialah mengamalkan isi kandungan al-Quran, manakala maksud mentaati Rasul pula ialah menjadikan segala ajaran baginda yang berupa hadis dan sunnah sebagai panduan.
Sedangkan mentaati Ulil Amri bererti mematuhi pemimpin yang mengetuai urusan kaum muslimin selagi mereka tidak menyeru kepada maksiat dan juga kemungkaran.

Firman-Nya lagi: Sesiapa yang taat kepada Rasul, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan). (an-Nisaa': 80)
Ayat ini menegaskan, tunduk dan patuh kepada setiap perintah Rasul yang berupa peraturan dan syariat bererti tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT.

Ringkasnya, mengingkari Rasul bererti mengingkari Allah SWT kerana pada hakikatnya yang memerintah dan yang menegah itu sebenarnya datang daripada Allah SWT